23 February 2010

MOTIVASI MENGENAL DIRI SENDIRI

Ada beberapa cara yang boleh kita lakukan supaya kita lebih kenal diri kita sendiri. Cara yang pertama adalah dengan mendengar apa yang orang lain kata berkenaan diri kita. Dengan cara ini kita dapat melihat diri kita dari sudut pandangan orang lain. jadi kita dapat melihat diri kita sebagaimana yang orang lain lihat, iaitu sebagaimana yang mereka nampak dan kenali diri kita. Biasanya kita mahu orang lain melihat diri kita seperti yang kita sendiri mahu lihat iaitu yang positif sahaja, Apa sahaja yang kita buat dan katakan akan dinilai oleh orang lain. Ada kalanya mereka akan menyatakan apa pendapat mereka berkenaan diri kita. Kadang-kadang mereka mengatakan dengan jelas dan berterus terang, tetapi ada kalanya juga mereka menyatakan dengan cara yang halus dan tersirat. Dengan memberi perhatian dan bersikap terbuka terhadap segala pendapat orang lain berkenaan diri dan perbuatan kita, kita dapat mengenal diri kita sendiri dengan lebih baik.

Cara kedua ialah dengan sengaja mencari maklumat-maklumat tambahan berkenaan diri sendiri. Kita boleh meminta pendapat orang di sekeliling kita berkenaan apa sahaja yang kita buat. Kita boleh bertanya "Patutkah saya buat begitu?" ataupun "Apa pendapat awak terhadap cara saya menyelesaikan masalah tersebut?". Apabila orang memberi maklum balas kepada soalan-soalan kita itu, kita jangan bersikap defensif. Dengar sahaja dan ambil perhatian. Kalau kita bersikap defensif, lain kali orang tidak mahu memberi lagi maklum balas lagi.

Cara ketiga ialah dengan berlatih melihat diri sendiri seperti sebagaimana yang orang lain nampak. Setiap ahli keluarga dan sahabat melihat diri kita secara berbeza-beza. Mereka semuanya betul. diri kita adalah semua yang mereka nampak. Cuba kita gambarkn bagaimana ibu bapa kita, adik-beradik kita, rakan sejawat kita, pasangan kita serta bagaimana juga musuh kita melihat diri kita. Dengan cara ini kita akan dapat memahami diri kita dengan lebih baik.

Cara keempat ialah dengan mendedahkan lebih banyak maklumat tentang diri kita yang selama ini kita rahsiakan. Cuba terangkan siapa diri kita sendiri dari sudut pandangan kita sendiri. Dengan berbuat demikian, kita mungkin akan dapat mengcungkil maklumat yang selama ini kita pendamkan atau yang selama ini tidak kita sedari.

No comments:

Post a Comment