23 February 2010

MOTIVASI MENGENAL DIRI SENDIRI

Ada beberapa cara yang boleh kita lakukan supaya kita lebih kenal diri kita sendiri. Cara yang pertama adalah dengan mendengar apa yang orang lain kata berkenaan diri kita. Dengan cara ini kita dapat melihat diri kita dari sudut pandangan orang lain. jadi kita dapat melihat diri kita sebagaimana yang orang lain lihat, iaitu sebagaimana yang mereka nampak dan kenali diri kita. Biasanya kita mahu orang lain melihat diri kita seperti yang kita sendiri mahu lihat iaitu yang positif sahaja, Apa sahaja yang kita buat dan katakan akan dinilai oleh orang lain. Ada kalanya mereka akan menyatakan apa pendapat mereka berkenaan diri kita. Kadang-kadang mereka mengatakan dengan jelas dan berterus terang, tetapi ada kalanya juga mereka menyatakan dengan cara yang halus dan tersirat. Dengan memberi perhatian dan bersikap terbuka terhadap segala pendapat orang lain berkenaan diri dan perbuatan kita, kita dapat mengenal diri kita sendiri dengan lebih baik.

Cara kedua ialah dengan sengaja mencari maklumat-maklumat tambahan berkenaan diri sendiri. Kita boleh meminta pendapat orang di sekeliling kita berkenaan apa sahaja yang kita buat. Kita boleh bertanya "Patutkah saya buat begitu?" ataupun "Apa pendapat awak terhadap cara saya menyelesaikan masalah tersebut?". Apabila orang memberi maklum balas kepada soalan-soalan kita itu, kita jangan bersikap defensif. Dengar sahaja dan ambil perhatian. Kalau kita bersikap defensif, lain kali orang tidak mahu memberi lagi maklum balas lagi.

Cara ketiga ialah dengan berlatih melihat diri sendiri seperti sebagaimana yang orang lain nampak. Setiap ahli keluarga dan sahabat melihat diri kita secara berbeza-beza. Mereka semuanya betul. diri kita adalah semua yang mereka nampak. Cuba kita gambarkn bagaimana ibu bapa kita, adik-beradik kita, rakan sejawat kita, pasangan kita serta bagaimana juga musuh kita melihat diri kita. Dengan cara ini kita akan dapat memahami diri kita dengan lebih baik.

Cara keempat ialah dengan mendedahkan lebih banyak maklumat tentang diri kita yang selama ini kita rahsiakan. Cuba terangkan siapa diri kita sendiri dari sudut pandangan kita sendiri. Dengan berbuat demikian, kita mungkin akan dapat mengcungkil maklumat yang selama ini kita pendamkan atau yang selama ini tidak kita sedari.

19 February 2010

Buatmu Teh Afifah


Hmm..x tau nak coret apa sebenarnya.tapi hati ni rasa macam sayu jer bila baca semula kisah teh afifah. walaupun x kenal dia secara dekat, namun perasaan simpati wujud dengan sendirinya. x dpt nak bayangkan camner klu kisah dia tu jd kat aku..ya Allah mintak dijauhkan. apapun inilah yg dikatakan pahit manis kehidupan..kita hnya mampu merancang, tapi yg berhak menentukan adlh dia yg maha esa. ya tuhan, aku pasrah dengan setiap takdir yg tlh engkau tentukan..buat teh afifah, tabahkan hatimu menempuh ujian ini..sesungguhnya Allah sntiasa menguji hambanya.mungkin di sebalik apa yg brlaku ada hikmah yg tersembunyi buatmu afifah...

17 February 2010

RAHSIA GERAK JARI

Gerak Jari Singkap Rahsia Diri

Gerak jari seharian anda memberi sedikit gambaran tentang personaliti diri anda. Bagaimanakah untuk kenali personaliti dari gerak jari? Jom check list...

Memicit atau memegang hidung
- Tidak mudah tertipu dan sangat berwaspada dalam apa juga tindakan yang dilakukan.
- Seorang yang pemalu dan sukar untuk berkongsi rahsia besar dengan orang lain kecuali orang yang benar-benar dipercayainya.

Meletak tangan pada bahu kawan
- Suka ikut kepala sendiri.
- Pentingkan diri sendiri.
- Teman yang sangat mengambil berat dan prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh teman-teman rapat.

Bermain dengan tangannya
- Mempunyai tahap humor yang tinggi.
- Pandai berjenaka.
- Bersikap terbuka dan dapat menerima kritikan atau pandangan orang lain tanpa ambil hati.
- Jenis 'open minded'.

Mematahkan jari jemarinya
- Seorang yang gugup dan kurang yakin untuk berbicara dengan orang lain.
- Baik hati dan sedia membantu sesiapa saja.

Menggigit kuku
- Gugup dan gementar bila berbicara.
- Agak tertutup dalam membicarakan rahsia hati.

Memintal hujung rambut
- Suka berkhayal.
- Sukar diperdayakan.
- Keras kepala.

Menongkat dagu
- Pendengar yang setia dan rahsia akan selamat ditangannya.
- Suka mendengar masalah teman-teman.
- Setia dalam persahabatan.

Suka letakkan tangan atas meja
- 'Happy go lucky' dan pandai menyesuaikan diri.
- Peramah.
- Suka bergantung pada orang lain.

Menggosok 2 telapak tangan
- Ramah dan berfikiran matang.
- Suka berterus terang dan tidak suka cakap berbelit-belit.
- Mudah memahami perasaan orang lain dan suka membantu.

Memutar cincin
- Sangat menepati janji.
- Berhati-hati dlm tutur kata.
- Gemar hidup yang teratur.

Jadi, bagaimanakah gerak jari anda? :)

segarkan otak dengan PISANG


Buah pisang mengandungi vitamin C, B kompliks, B6 dan serotonin. Zat ini aktif sebagai neurotransmitter yang melancarkan fungsi otak. Bila otak mengalami keletihan, ada baiknya kamu mengambil pisang kerana kandungan nutriennya sangat tinggi berbanding buah-buahan lain. Sesuailah bagi mereka yang bergelar pelajar kerana otak mereka sentiasa digunakan untuk terus berfungsi serta berfikir.

Berdasarkan cara menikmatinya, ia terbahagi kepada dua iaitu makan begitu sahaja seperti pisang raja, setali, emas dan lain-lain serta makan setelah pisang tersebut diolah seperti pisang goreng atau pengat pisang. Sebaiknya pilih pisang yang sudah masak dan jangan memilih pisang yang kulitnya ada bintik hitam atau coklat. Simpan pisang di dalam peti sejuk atau jangan biarkan kulit buah tergores atau terkopek kerana ia akan merangsang buah pisang rosak dengan lebih cepat.

16 February 2010


MySpace Love Letter

Program Evolusi Diri 'CAYOK'

CAYOK!!!

yg kt tepi aku tu acap namanya

peace!!!

bersama anak2 pljar SAMTKKB

Perghh..lega rasanya dh settle buat prog kt skola. klu x jiwa ni asyik pikir benda tu jer..mana xnya, dgn nak kena cari skola yg boleh beri kerjasama, ajk pelaksana boleh beri komitmen yg sepenuhnya dan yg paling penting bajet yg cukup..semua tu bkn sng. apapun, pengalaman itulah yg menjadikan aku lbh kuat dan matang dlm mencorak strategi menghadapi hari mendatang kui3. walaupun pegi atas alasan nk sudahkn tugasan assignment, tp manfaatny boleh dikira sbg 'win2 situation'. yelah, kami buat program kt skola utk adik2 "HALUS" spy mereka lbh brsemangat utk terus belajar..eh tp sblm tu lupa nk cakap, CAYOK stand 4 Celik Akal Yakin Ok..insyaAllah.hmm, utk adik2 SAMTKKB, klu buka blog akak ni igtlah akak sntiasa doakan korang sumer..moga dirahmati dunia dan akhirat.Utk group aku, buat acap, nani, tika dan lain2..belajar sungguh2 k. sesungguhnya langkah 1000 brmula dr langkah prtama..apapun, kenangn brsama kalian x mgkn akak lupakan wpun x tau bila kite bole jmpa lg...

14 February 2010

cinta

Perlukah berkorban untuk cinta...
Apakah ertinta cinta tanpa si dia tersayang...
Menemani di sisi tiap waktu dan ketika
Tanpa jemu dan bosan...
Ceritera cinta, ada kalanya melukakan hati sang pencinta
Menghukum diri dari terus merasa makna sebuah cinta...

Velentine, apa kata kita?


sebut sahaja valentine's day ataupun hari memperingati kekasih yang disambut meriah oleh sebahagian besar masyarakat barat, pelbagai persepsi dapat kita dengar. boleh dikatakan tanggal 14 februari ini dianggap satu hari yang begitu istimewa terutama bagi yang sedang 'mabuk asmara' kerana inilah harinya mereka dilayan dengan begitu istimewa. ada yang bertukar-tukar hadiah, menerima jambangan bunga, coklat dan tidak kurang menerima kad ucapan yang begitu puitis maksudnya. walau bagaimanapun, masih ada di antara remaja kita melihat sambutan valentine ini pada satu sudut yang berbeza. ada yang bersetuju dan tak kurang juga menganggap ianya satu budaya yang bertentangan dengan moral dan tuntutan agama. bagi kita pula bagaimana?? renung-renungkan...

03 February 2010

TAGGED

(1) 5 name I go by
kak chik, nik, mas, iniey, ciknik

(2) 5 places I have lived before
kg dato' keramat (kuala lumpur)
selising (pasir puteh)
felda aring (gua musang)
petaling jaya (selangor)
tanjung malim (perak)

(3) 5 places I have been
terengganu,
melaka, perak, selangor
penang

(4) 5 of my favourite food
kuih akok
nasi kerabu,
sate kajang,
laksa penang
yogurt..emm yummy

(5) 5 things I would like to do
hidup bersama orang tersayang..
punya anak yg soleh dan solehah (insyaAllah)
bahagiakan ma dan abah
melancong seluruh eropah
kumpul duit banyak-banyak..