RESTU...Bahagian 1

 Tit..Tit..Tit
Bunyi mesej yang masuk ke inbox hansetku mengganggu tumpuan aku pada kertas latihan Pengajian Am. Aku terus mencapai telefon bimbit yang terletak di atas katil.

” Ayu, sok jangan lupa bawa latihan PA kau. Aku nak copy jawapan hehe..”

Aku membaca mesej yang dihantar oleh Ikram. Hai, Ikram...Ikram. Tak habis-habis kau nak ciplak hasil kerja aku. Nasib baik kita dah lama kawan. Kalau tak dah lama aku jentik-jentik telinga kau. Tapi, nasib baik jugak kau jadi best friend aku. Boleh la aku lari daripada si Adli ’playboy’. Kalau dah termakan pujuk rayu si Adli tu habis nama baik aku tercalar kat sekolah tu hehe.. Aku mengelamun sendiri.Tapi..latihan PA aku belum siap. Kena siapkan cepat nih. Asyik berangan jer kerja. Bila nak siap. Aku memarahi diriku sendiri.

Keesokannya seperti biasa aku melangkah ke sekolah. Kulihat sudah ramai pelajar mula beratur di Dataran An-Nur.Memang sudah menjadi kebiasaan pada warga sekolah SMKSN mengikuti perhimpunan yang diadakan pada setiap hari Ahad.

”Woi..Ayu, temankan aku pantau Blok E jap”.

Aku mendengar satu suara memanggilku dari belakang. Hei,sapa pulak yang cuba mengganggu mood aku di pagi ahad yang penuh barakah ini. Tak boleh tengok orang senang langsung. Aku memusingkan badan mencari dari mana datangnya suara tersebut.

”Hoi..sini la. Kau ni, aku punya lawa ni pun kau boleh tak nampak. Jom, ikut aku ke Blok E jap”.

”La..kau rupanya Lin. Lain kali bagi la salam dulu. Ni tak, terus sergah aku. Nasib baik aku tak kena ’heart attack’ tadi”.

”Hehe..sori-sori, patik mintak maaf tuan puteri kesayangan cikgu....”

”Ha...dah-dah. Jangan nak gosipkan aku pulak cik Lin oiii. Bukan kau pernah cakap kat aku bahawasanya kau yang minat pada cikgu...” Belum sempat aku menyudahkan kata-kata tersebut Lin terus menekup mulut aku.

”Hish...kau ni, pelan-pelan la skit. Jatuh saham aku nanti. Dah la aku dok tengah ’tackle’ Irwan ni hehehe..”

”Ha...tau takut. Nak pergi blok E tak ni? Kalau tak nak, aku dah nak berangkat nih”.Ceh, cam nak pergi jauh jer. Desah aku dalam hati. Kalau dengan si Lin ni, esok pun tak selesai kerja aku.

”Ok..ok, nak pergi la ni. Kekgi mengamuk pulak si Irwan tu. Dia tu bukan boleh orang langgar suruhan dia. Huh, dasar autokratik” omel Lin.

Aku hanya mampu menggeleng mendengar omongan Lin yang sememangnya sentiasa pedas dan tidak bertapis apabila melontarkan kata-kata. Pendebat sekolah la katakan. Kami berlalu menuju ke Blok E tanpa sepatah perkataan. Nasib baik hari ini bukan giliran aku menjadi MC perhimpunan. Kalau tidak kelam-kabut juga aku kena datang tepat masa ke Dataran An-Nur semata-mata untuk mempersembahkan suara keramat ini hehehe...

Tengah hari yang hangat.Cuaca di luar bilik darjah semakin berbahang. Jam tepat menunjukkan pukul 12.05 minit tengah hari. Suara cikgu Khalil memecah suasana kelas 6 Bestari. Para pelajar pula sedang tekun mendengar setiap bait dan patah perkataan yang keluar dari mulut beliau.

”Ingat...Peperiksaan STPM hanya tinggal beberapa bulan jer lagi.Tapi,sejak akhir-akhir ni saya tengok kamu semakin malas mengulang kaji. Latihan yang saya bagi, sedikit pun tak membantu kamu. Tiada peningkatan pun, baik dari segi pengetahuan semasa mahupun gaya penulisan kamu. Tengok...Dua helai muka surat jer karangan yang mampu kamu tulis. Apa yang kamu nak sampaikan pun saya tak tahu. Apa masalah kamu sebenarnya?”tanya cikgu Khalil sambil menunjukkan salah satu contoh karangan.

Kelihatan semua pelajar seramai 21 orang dalam kelas tersebut sepi tanpa sebarang jawapan. Ku lihat air muka cikgu Khalil sedikit berubah. Barangkali terasa dengan reaksi yang ditunjukkan oleh para pelajar. Aku tidak mampu berkata apa. Namun demikian, hati kecilku turut mengakui apa yang diperkatakan oleh beliau benar. Memang tidak dapat dinafikan sejak semenjak-dua menjak ini perangai para pelajar kian menjadi-jadi berbanding di awal tahun dahulu. Hmm, entahlah..Aku sendiri tidak mampu merungkai persoalan tersebut. Apa yang pasti tekanan dan debaran peperiksaan semakin terasa.

”Irwayu...”aku tersentak mendengar namaku tiba-tiba disebut.

”Cuba bagitahu saya, apa masalah kamu sebenarnya?”tanya cikgu Khalil memecah khayalanku.

”Sa..saya..saya..”

”Apa saya..saya. Masalah sendiri pun kamu tak tahu” jerkah cikgu Khalil kepadaku.


Wahai hati, tabahlah engkau. Aku hanya mampu berdoa di dalam hati. Takut diperlakukan begitu oleh guru Bahasa melayu tersebut. Beliau memang betul-betul tengah menggila sekarang ini. Aku sudah tidak mengambil peduli apa yang diperkatakannya lagi selepas itu. Perasaanku masih lagi tidak tenteram akibat jerkahan cikgu Khalil tadi. Sayup-sayup kudengar dia menengking beberapa orang lagi rakan-rakanku.