28 December 2011

Countdown...2012

Tahun baru 2012 bakal menjelang tak lama lagi...ada 3 hari jer lagi. Diri ni sering tertanya-tanya apakah sudah tercapaikah semua azam 2011. Haishhh..kalau dipikir-pikir balik, rasanya masih ada azam ciknik yang belum tercapai. Hah!! kawan-kawan pulak macam mana??


Masa mula-mula masuk tahun 2011 dulu, tau tak apa azam ciknik? hurmmm...teka3..cepatla jawab. apa dia?? nikah kat siam? berhenti belajar? jadi pelakon? hahaha bukan sumernya..jeng3..nak share or tak nih..okla2 ciknik gitau la..Sebenarnya azam ciknik dulu adalah nak buka lembaran baru dalam hidup. Tak mo lagi ingat benda-benda lepas..sungguh menyakitkan..sungguh menyedihkan dan sungguh mengecewakan..Mula2 nak laksanakan azam dulu, ciknik akui memang agak sukar. Nasib baik ada kawan2 yang sentiasa bagi semangat...ciknik berterima kasih sangat kat korang. thank's sumer!!! muah3 sejuta 6 kali hehe...


Tapi itu sebahagian jer dari azam ciknik yang terlaksana pada tahun 2011 ni...ada lagi yang tak tertunai huhuhu...tapi nanti la..mungkin ciknik akan 'continuekan' azam tu tahun 2012 nanti nge3...insyaAllah. yang pasti kenalah kuatkan semangat kan...


Tahun 2012 pulak camner?? pe pulak azam nihhh..otak ni selalu dok pikir, pe yer nak di setkan dalam minda untuk azam 2012. Tapi ciknik rasa selain azam untuk memajukan diri, mestilah azam nak bahagiakan diri pulak..kawen?? haishhhh...bahagiakah selepas kahwin??? upsss...itu ciknik takde jawapan yang pasti..semuanya terletak di tangan kita untuk mengemudinya. kalau kita bijak dan sabar, memang takde masalah..yang kedua pulak, sambung belajar?? nak ke aku sambung belajar? ermmm...wait n see..rasa cam nak. Tak salah pon. janji pandai bahagi masa. kalau 'orang tu' boleh..takkan aku tak boleh buat. yes3..go..go..power rangers..ciknik boleh!!


Papepun kawan2..yang pasti semuanya terletak di tangan kita. Kita yang menentukan sesuatu azam itu terlaksana atau tidak. Renung-renungkan dan selamat beramal!!



amik berkat bff ciknik kawen ngeh3

21 December 2011

oh maggi!!! slurppppp.....


Tiba-tiba jer ciknik teringin nak makan maggi..ditambah pula dengan suasana di luar sana yang hujan sekejap lebat sekejap reda. Diri pun rasa malas nak kemana-mana...asek nak dok 'berlengkor dalam gebor' kikiki...Sebelum tu ada juga borak-borak ngan adik yang ciknik ni tiba-tiba jerk rasa nak makan sesuatu..tapi pikir punya pikir apa yer..terus otak blank hehe..bila bangun jer dari tido..hah! nak makan maggi upenyer nge3....



Bila cakap pasal maggi nih..ingat pula 'dolu-dolu' time zaman kampus. Orang kate maggi ni makanan asasi BUDAK U...tol kerrr?? Haishhh...ntah la. Maybe jgk kot (x sempat pula ciknik nak buat soal selidik tentang nih) ngee....tapi yang pasti lidah ciknik nih dah tak boleh tahan dah..kena masak jugak maggi nih...jom teman ciknik masuk dapur heee...ciknik ade resipi nak masak maggi baik punyerrrr!!


RESIPI MAGGI 'CIKNIK'


Bahan-bahan:

Maggi kari (ikut keperluan..kalo rasa nak makan banyak, sedia la dalam 2 3 bungkus)
Bawang putih diketuk
Udang
Sotong
Sayur Sawi dipotong
Sedikit minyak



Cara-cara memasak:


1. Panaskan minyak
2. Tumis bawang putih yang telah diketuk
3. Masukkan air (agak sendiri yerr)
4. Masukkan maggi
5. Masukkan udang, sotong dan sawi
6. Masukkan perencah maggi
7. Sedia untuk dihidang


Hah! inilah hasilnya...ummmm slurppp..cubalah kengkawan. beshhh tauuu




Nyum3...slurppppp








12 December 2011

MINAT LAYARI INTERNET...faktor tekanan perasaan



Jangan meremehkan tentang fakta ini...dan cuba-cubalah kurangkan waktu untuk menghilangkan ketagihan melayari internet. Sebuah kajian di Guangzhou, China mengatakan terlalu banyak menghabiskan waktu melayari internet akan meningkatkan lagi risiko 1.5 mengalami tekanan perasaan.

Lawrence Lam dari Sydney's University of Notre Dame's School of Medicine juga membuat kesimpulan bahawa tanda-tanda mereka yang tertekan adalah menghabiskan sekurang-kurangnya 5 hingga 10 jam di hadapan komputer, perilaku gelisah, resah hingga mudah marah bila tidak berhadapan dengan komputer serta hilang minat untuk bersosial misalnya seperti tidak mahu berkumpul dengan kawan-kawan, sentiasa menolak untuk menghadiri acara perhimpunan keluarga dan kurang waktu dihabiskan bersama keluarga. Selain dari itu, faktor lain yang membuat seseorang itu makin parah adalah kerana orang tersebut kurang tidur. Jadi, pastikan kamu tidak mengalami masalah tekanan hanya kerana faktor-faktor yang boleh dielakkan ini....so, waspada tau kengkawan sumer!!!

16 October 2011

sekadar perkongsian...

Petua yang ciknik berikan ini hanyalah sekadar 1 perkongsian dengan teman-teman yang sejak zaman ciknik blaja lagi asyik dok tanya bagaimana untuk menjaga muka agar tidak ditumbuhi jerawat...tapi bila difikir-fikir balik sebenarnya ciknik xde apa-apa petua pun. cuma rutin penjagaan yang biasa-biasa sahaja sebagaimana orang lain juga lakukan. tapi xpela...bagi yang nak tau jugak okeh2 ciknik sedia nak kongsi di sini heeee....xmo marah2 k

1) kalau boleh jangan terlalu ambil mudah dalam bab penjagaan kulit wajah...selalulah cucinya
maksima 2 kali sehari..paling elok 3 kali sehari kerana muka kita ni sensitif skit, mudah
terkena habuk dan debu.

2) kalau rajin seminggu sekali pakailah masker...x susah pun kawan2.cuma sapu putih telur jer
sampai putih telur 2 kering kat muka n then baru basuh ngn air suam. nak pakai sebelum
tidur pun boleh..esoknya pagi2 lagi baru basuh muka.

3) petua lain lagi...hurmm ciknik x banyak petua la. sekadar pakai bedak sejuk jer sblm tido
ngeh3..

4) petua yang ni baru jer ciknik amalkan..dulu2 x tau pun huhuhu..tapi berbaloi jugak la coz
menjadi..nak tau x? begini ceritanya..sblm pakai bedak 2..kalau boleh tekapkan ais kat muka
agar liang pori-pori muka tertutup. pastu baru pakai touch-up agar make-up tahan
lebih lama.

5) yang last sekali petua yang ciknik nak kongsi ngn kawan2 adalah sewaktu melihat muka di
cermin adalah lebih baik kita berselawat kepada nabi kita Muhammad s.a.w...selain daripada
kita menjaga penampilan diri..kita juga mendapat pahala (_^)

haaa...kawan2 sumer..harapnya puas hati ngn perkongsian petua dari mak nenek nihhhh hehe..maaf yer terlambat bagi tips..papepun jangan terlalu taksub ngn cara ciknik ni. ianya hanyalah sekadar satu ikhtiar untuk membantu sesama kita menjadi lebih berkeyakinan. apa yang lebih penting adalah mendekatkan diri kita dengan Allah s.w.t ...barulah nur itu terpancar di wajah...amin

24 September 2011

Salam Merdeka Raya!!!!

Salam Merdeka Raya sumer!!!! Di bulan baik, hari yang baik ni ciknik nak ucapkan selamat hari raya dan selamat hari merdeka walaupun sebenarnya dah terlambat hehehe..besa la tertinggal keretapi ngeee. Hurm, dalam sedar tak sedar kita dah nak abes bulan Syawal upernya. Ish3..kejapnya masa berlalu. Haa..kepada kawan2 kat luar sana tu, dah minta maaf belum ngan semua orang yang anda kenali. Orang kata, bulan Syawal adalah bulan yang baik untuk saling bermaafan. Boleh jugak cover malu dengan ungkapan 'selamat Hari Raya' walaupun seteru kita tu buat x tau jerrrr...sekurang2nya kita lebih baik dari dia dan dah berusaha untuk jadikan dunia ni peace....tanpa gaduh2 heee.

Hurmm..kepada saper2 yang masih terasa nak makan kuih raya 2, sila2 la datang umah ciknik yer kt Wangsa Maju. Tapi kalau nak datang ke umah ciknik di Gua Musang pun bole jgk. Tunggu hujung bulan nanti..baru ciknik balik sana plk.

24 February 2011

~Anak emak sudah DEWASA~


Ya Rabbi..
Sungguh indah hikmah dari-Mu
Kekuasaan-Mu
Sesungguhnya tidaklah aku mengetahui
Apa yang Engkau ketahui
kurniakanlah
Kebaikan
kesejahteraan kepadaku
Moga aku tergolong
Dalam kalangan orang yang dirahmati
Tiada apa yang lebih baik
Selain daripada keredhaan-Mu

Terima kasih kuucapkan
Pada semua yang mendoakan
Kesihatan dan kesejahteraan
Pada hari ulang tahun kelahiran
Moga kalian dirahmati Tuhan
Atas ucapan tanda ingatan
Kunci tersentuh perasaan
Walau antara kita tak berkenalan
Itu hikmahnya nilai persaudaraan

20 February 2011

'Pemimpin Berkesan Pengurusan Berkualiti'




Haihhh..alhamdulillah lega3.dah settle 1 program. Program yang dikira memang 'havoc' dan 'kaw2' gitu ngeee. Bersesuaian dengan tema "Pemimpin Berkesan, Pengurusan Berkualiti", kami sebagai kaunselor sekolah berasa terpanggil untuk memberi pendedahan kepada ketua dan penolong ketua tingkatan tentang tugas-tugas serta tanggungjawab mereka terhadap sekolah dan kelas mereka.

Walau bagaimanapun, sedar atau tidak bahawa mereka yang menjadi ketua dan penolong ini adalah insan terpilih. Hal ini lantaran kerana bukan semua orang berpeluang menjadi seperti mereka. Hanya mereka yang dikira betul-betul layak dan berkebolehan sahaja yang terpilih. Selaras dengan itu, kami cuba menerapkan ke dalam diri mereka tentang rasa bangga serta menyemai rasa kecintaan mereka terhadap amanah yang diberikan ini. Antara tugas sebenar ketua dan penolong yang sering dipandang remeh adalah memantau rakan-rakan setingkatan yang lain bertugas membersihkan kelas mengikut jadual bertugas, memanggil guru PNP yang tidak masuk kelas dan menjaga buku kawalan kelas serta mengenal pasti rakan setingkatan yang tidak hadir ke sekolah.

Apapun, kepada semua pihak yang terlibat..macihh banyak2. Setinggi-tinggi penghargaan ciknik ucapkan. Kepada AJK pelaksana, tq3 beri kerjasama dan kepada Cikgu Zaiton selaku 'senior counsellor' merangkap 'kaunselor pembimbing'...time kasih atas teguran dan nasihat yang diberikan. Tak lupa pada cikgu Eshah, cikgu Hafiz, Cikgu Fyirhan dan cikgu Zila..u all memang bestttt...tepuk-tepuk terima kasih!!!!

15 February 2011

Salam Maulidur Rasul

Hari ini bersamaan 15 Februari 2011, kita menyambut hari keputeraan baginda Rasulullah SAW .Keputeraan Rasulullah dan pengutusan baginda kepada kita merupakan satu nikmat yang tak terhingga buat umat sejagat. Ini kerana kelahiran baginda memberikan petanda risalah dan penyelamat umat dari dibelenggu arus jahiliyah. Sesuai dengan tema kita pada tahun ini iaitu '1 Malaysia 1 Ummah', banyak perkara baru yang mengajar kita sebagai umat Islam untuk terus kekal sebagai umat yang unggul di sisi tuhan.

hampir setiap tahun kita mengenang serta menyambut kelahiran Rasulullah SAW pada setiap kali tibanya 12 Rabiulawal. Namun, apakah kita sedar disebalik sambutan tersebut sebenarnya terselit 1001 makna. Harus juga ditanya pada diri, apakah kita sebagai umatnya sudah mencontohi dan mengimplementasikan apa yang ditinggalkan oleh baginda. Seandainya Rasulullah SAW masih hidup lagi sehingga kini, rasanya jauh di sudut hati baginda untuk melihat umat Islam bersatu padu serta mengikut apa yang diajarkannya kepada kita sejak dahulu masih sama.

Marilah kita menggali semula mutiara keindahan hidup baginda SAW. Mari kita susuri dan teladani qudwah dakwah dan perjuangan baginda bagi kita memacu semula gerakan pencerahan dan pembangunan semula satu peradaban. Biarpun jasad baginda jauh beribu-ribu batu, namun jiwa, perjuangan dan semangat kental baginda tetap mekar dan dekat di hati kita. Sesungguhnya insan seperti baginda amat sukar untuk dicari ganti dan ditandingi. perginya tiada galang ganti...

Bagi yang beragama Islam, ciknik ingin mengucapkan salam Maulidur Rasul..jadilah kita umat yang terbaik di kalangan yang terbaik. Sambunglah perjuangan baginda Rasulullah SAW..Untuk anak-anak didikku di SMK Taman Tasik Ampang juga, cikgu ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul. Contohilah jihad baginda SAW yang mampu memberi cahaya buat dunia sehingga kini serta sama-samalah kita menjunjung kecintaan kita kepadanya dengan berselawat ke atas nabi kita iaitu Nabi Muhammad SAW. Suburkan semula rasa sayang kita kepada agama Islam yang telah sekian lama tandus .Moga dengan berselawat kepada baginda, kita akan dekat di sisi baginda di akhirat kelak. Amin, ya rabbal alamin.