09 December 2010

selamat tinggal TANJONG MALIM!!!

Sayu, pilu, sendu dan rindu...semua bercampur-baur menjadi 1. Kata orang 'tak kenal maka tak cinta'. Cantiknya pepatah dahulu menggambarkan perasaan manusia..dan itulah yang ciknik sedang alami sekarang. Sedih sesangat nak tinggalkan tempat ni dan kengkawan...huk3 bubye sumer!!

Jika di awal-awal dulu time 'zaman gonjeng' sem 1 dan 2 selalu jer hati ni ingat nak balik kampung. Tapi bila dah jiwa ni mula serasi dengan kehidupan di Tanjong Malim amnya dan UPSI khususnya..perasaan sayang dan cinta nak tinggalkan tempat ni mula terasa. Yelah, hampir 3 tahun setengah mengabdikan diri di sini..semua kisah ada. Canda, tangis, ketawa, duka..yang pasti ciknik akan simpan segala memori ini sebagai kenangan abadi.

Tg. Malim oh Tg. Malim..1 nama yang tidak asing lagi bagi generasi dahulu.Jika disebut Maktab Perguruan Sultan Idris, secara automatik mulut mereka akan menyebut..oh kat Tg. Malim ye??..ajaib kan?? Tapi generasi kini jarang jer yang nak melanjutkan pengajian ke sini. Ciknik juga kurang mengerti..barangkali lokasinya yang terletak di pinggir bandar atau sistem kemasukan untuk memohon ke bidang pendidikan itu sendiri yang menyekat kemahuan mereka..hurmm, no coment. I don't know why?kena buat kajian tuh ngee..

Apapun, ciknik suka tinggal di sini. Udaranya segar..tenang lagi. Bagi yang sukakan keindahan alam, banyak sungai-sungai dan tempat perkhelahan di sini. Lepas habis exam..apa lagi,ciknik dengan kawan-kawan akan mandi-manda di situ walaupun hakikatnya ciknik ni tak pandai berenang...upss kantoi hehe

Hah..apa lagi jom check-out tempat-tempat yang menjadi 'faveret' ciknik selama menetap di sini..cehhh menetap tuh kih3..


Kat sinilah ciknik selalu 'merendek' ngan kawan-kawan heee

Wah sonoknya kalau dikenang jalan ngan kawan-kawan pegi pasar malam kat sini. Always miss that moment..hurm, tak tau lagi la bila pulak nak jalan ramai-ramai camtu. Mungkin lepas ni ciknik akan datang lagi kat pasar malam ni..tapi situasinya mungkin berubah. Kalau datang pun bukan lagi dengan kawan-kawan, tapi dengan tutttt..ayokk



KTM Tg. Malim

Ni kat KTM..hurmmm kat sini pun akan ciknik ingat sampai bila-bila. Selalu guna perkhidmatan ni bila nak pegi KL atau Bangi.


welcome to Perak..mercu tanda sempadan Selangor & Perak


Mula-mula nak sampai UPSI, kite akan jumpa mercu ni dulu. Kalau ikut highway dari KL lah..kat sini pun ciknik pernah jalan-jalan jugak. Jangan tak percaya dari sini ciknik pernah jalan kaki ngan kengkawan ke kampus UPSI..huhu cam jauh jer heee. Padahal..


the famous Tg. Malim pau


Ni lagi 1 tempat yang menjadi kegemaran masyarakat kat sini. Pau kat sini antara yang special dan terbaik kat Malaysia dari dulu kini dan selamanyer..since 1926 gitu.

21 November 2010

DEMAM EXAM!!


'Meja study yang ciknik ngadap hari-hari....syhhhh'

Aduyai..exam dah dekat,ciknik ni asyik main-main jer.Bila nak start study ni..haihh, asal nampak katil jer terus lentok..mungkin kekuatan dan daya tarikan tilam tu lebih mempesona kot huhu..sebab tu terus jer 'landing' baik punyerr hehe..tapi sedih jugak huk..huk..huk..ciknik kena buat dua keje dalam satu masa.Study dan settlekan tesis..ayokk tatayokk..

Hurmm..orang kata berakit-rakit dahulu, berenang-renang ketepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian..yey-yey ciknik dah dapat semangat baru hehe.Tapi nak mula dari mana dulu ni ye?Hah..study la subjek yang paling dekat nak exam dulu and then..dot dot dot..

Oh ya!! tak lupa jugak untuk adik-adik yang akan menghadapi peperiksaan SPM dan STPM tak kira walau di mana saja berada,ciknik doakan semoga kalian semua dapat jawab dengan yakin dan tenang. Sesungguhnya hanya ilmu dan pelajaran sahajalah yang dapat mengangkat darjat kita selain beramal dengannya. Chaiyok adik-adikku sekalian..be the best, beat the rest!!

11 November 2010

Persahabatan kita..persahabatan sejati



:: Di jalan ALLAH..persahabatan ini bukan milikku dan juga bukan milik kalian..PERSAHABATAN ini adalah perancangan ALLAH yang mengetahui segala rahsia..kerana DIA lah, saya mengenali kalian dan kerana DIA jugalah telah menetapkan kita mengukir 1000 kenangan bersama..PERSAHABATAN ini sudah pasti terisi dengan KASIH SAYANG ..moga ia kekal selamanya..... ::

25 October 2010

KONVOKESYEN 12..SIDANG KE-2





"Congratulation senior's o6/07"

Wahhhh..conoknyerr tgok akak2 dan abang2 konvo.Nak jugak hehe..Pagi2 lg ciknik dah trcongok kat depan SITC.Nak jadi pengiring tak bertauliah la katakan..Orang suruh jadi sekretariat tak mo..haishh.Bila diorang sumer lalu depan mate, rasa mau masuk jugak itu dewan huuu..teringat kenangan dulu jadi gadis bunga nge3.Memang kenangan terindah..

selama 4 tahun pengajian, pelbagai ranjau berduri ditempuh. Semuanya menuntut banyak kesabaran..hurm, betul la kan?kalau tak sabar dah lama balik kampung tanam anggur hiii. Namun, demi cita2 yang satu ingin jadi pendidik..lautan api sanggup direnangi. Bumi Tanjung Malim basah dengan air mata dan darah perjuangan anak bangsa. Lihat saja sejarah upsi..bermula dengan SITC dinaik taraf kepada MPSI, IPSI dan dan kini UPSI..Semuanya bermula dengan semangat juang yang tinggi daripada penuntut-penuntut terdahulu seperti Aminuddin Baki, Harun aminurrashid, Za'ba, Tun Ghafar Baba dan ramai lagi. Apakah sejarah itu belum cukup membuktikan kami anak-anak kandung suluh budiman mampu mendidik dan membimbing generasi akan datang menjadi insan berguna?Sesungguhnya kami mampu lakukan...no opportunity no evidence.

Haishhh...sampai ke mana ciknik melalut nih..upss.Orang lain yang konvo, kite pulak yang bersemangat lebih.Apa da ciknik ni..takpe2, giliran ciknik pun dah tak lama. Ada setahun jer lagi.Pejam celik pejam celik dah tua da..uhuk2, eh ciknik dah sambut konvokesyen cucu pulak. Time tu UPSI sekarang ni entah dah tukar nama lain kot..harap2 terus unggul dengan nama yang satu ini. Untuk my best friend bro Fadhlul Hadi n Zahrizal, my beloved sis Kak Misnah, sporting ex-roomate Kak Zahidah, sis cute Kak Hajar, dearest Kak Chah dan ramai lagi..TAHNIAH. Selamat melangkah ke alam perguruan..Always support u all!!


22 October 2010

....zzz...penat....)

Sedar tak sedar dah nak masuk minggu ke-14 dah berkuliah..Adoiii cepatnya masa berlalu. Kalau la boleh mintak dengan Tuhan, Ciknik nak mintak diundurkan masa la. Nak jer belajar di semester 1 semula. Boleh kerr?Hurmm..ramai jugak kawan-kawan yang merungut, cakap bila la penderitaan sem 7 ni nak berakhir kui..kui..kui. Haishhh, ciknik pun tengah pening sekarang ni. Hurm,bestnya buat tesis..ditambah dengan serbuk perasa spss yang enak cam chocolate kek tu..aduyaii best sesangat hikhik..sabor na my pren sumer..da tak lama da. pasni boleh la bawak haluan ke sekolah praktikum masing-masing..tata titi huuuu..

Dalam dok sibuk-sibuk, rupa-rupanya ada lagi benda tak settle..Rupanya cuti ni ciknik kena pegi Penjara Tapah pulak. Ada lawatan ke sana. Haishhh...hurm, tapi ok jugak..boleh la ciknik tambahkan pengetahuan. sebelum-sebelum ni pegi ke pusat serenti jer..uiii mencabar tu..sementara belum abis belajar ni, baik kutip pengalaman sebanyak mungkin dulu..esok-esok nak cite kat anak cucu pulak kui..kui..kui

05 October 2010

13 LANGKAH HILANGKAN MENGANTUK & TEKANAN

Di sini terdapat beberapa langkah senaman yang boleh menghilangkan rasa mengantuk dan tekanan. Kepada mereka yang selalu rasa mengantuk ataupun tengah mengalami tekanan, sila ikuti dan lakukan senaman ini. Selamat Mencuba!!

LANGKAH 1

Ini adalah ala taichi sikit la… sebagai permulaan untuk memanaskan badan..

LANGKAH 2

Tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher anda..

LANGKAH 3

Wa..wa..aaa

LANGKAH 4


Gerak kekanan kemudian ke kiri..

LANGKAH 5


Gerak ke kiri kemudian ke kanan. Ikut sahajalah… jangan terpusing kepala sudah la..

LANGKAH 6


Tepuk kuat kuat kat dahi.. Ini untuk menghilangkan mengantuk..

LANGKAH 7


Selepas itu buat gerakan tangan dan badan… buat macam gembira je..

LANGKAH 8


Kemudian goyang-goyangkan kaki dan badan sedikit… Lakukan seperti kita tiada masalah…

LANGKAH 9


Lakukan secara agresif pula… Jangan peduli apa orang lain kata..

LANGKAH 10


Hilangkan semua tekanan…

LANGKAH 11


Pusingkan kepala…

LANGKAH 12


Tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…

LANGKAH 13


Akhir sekali lakukan joget kucing…

————–

SELAMAT MENCUBA!!

03 October 2010

T'ganu kiterrr..!!


'Taraaaa...our group is the best'

'Bersama anak-anak yatim Darul Hilmi, Kuala Terengganu'

Seronoknya dapat pergi Terengganu..negeri indah, pantainya bersih. Hurmm..tak tau nak cakap camner, selain pergi atas dasar untuk tugasan assignment, tapi dapat jugak turun padang bersama-sama pihak KETENGAH mendampingi dan meyelami perasaan anak-anak yatim dan orang tua di negeri tersebut. Memang 1 pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

30 September 2010

Selamat Hari Raya..

Haihh..hari2 sibuk.sibuk ngn assignment, sibuk ngn kuliah, sibuk ngn nak ambik tahu hal org tuttt..ye ker??huhu x taw la..no komen.mgkn jgk kot..hurm,papepn slmt hari raya kpd semua yg mengikuti blog sy ni..masih belum trlambat rasanya.ampun dipinta seandainya ada tutur kata dan tingkah laku yg mengguris hati..almaklum saje la.sy jg insan biasa yg tidak lepas dari melakukan kesilapan..

Hari2 terakhir di bulan Syawal ni, tiba2 saja dada saya terasa sebak.tidak sedar betapa cepatnya masa berlalu..saya pn da tua skrg huhu..memang betullah pepatah orang tua-tua dahulu, masa itu emas. andai kita tidak menghargai masa, masa itu akan berlalu meninggalkan kita tanpa menoleh lg..sape jgk yg rugi klu bukan kita manusia..oleh itu sama2 lah kita menghargai masa selagi kita masih mampu memilikinya sebelum ajal menjemput

klu diteliti skrg ni, penulisan sy dlm blog byk sgt menggunakan 'short font'..haihh,bila agaknya sy nk kembali menulis dlm Bahasa Melayu yg standard ni..kdg2 tgh menulis novel pn asyik tertaip bahasa singkatan..betapa sy begitu menyimpang dr apa yg diajarkn guru kpd sy dahulu..papepn sy kena la brmula dr bawah semula.menulis secara lambat ttp tetap menggunakan ejaan penuh Bahasa Melayu..pasti!!

05 July 2010

BACK TO UPSI!!!

Hai kengkawan sumer..slmt brtemu kembali. Lama da x update blog ni...haishh sibuk memanjang jerk. Minat menulis tu ada..cuma kadang kala masa dan keadaan x mengizinkan. Papepun, blog ni akan sntiasa hidup selagi tuan empunya diri x mati..insyaAllah. To all my fren, slmt meneruskan pengajian...slmt meneruskan perjuangan.

Sedar x sedar, rupanya da tahun akhir ciknik ni, alhamdulillah..sekejap jer masa berlalu. Skrg aku la 'Super Senior' kononnya kihkihkih...Terasa bru smlm mendaftarkn diri di bumi upsi..ramai2 ber'aku janji' di auditorium, menari poco2 dan 1000 macam kisah lg. Semuanya indah dan mengasyikkan. Tidak terasa cepatnya masa berlalu. Sedikit masa lg aku akan menamatkn pengajian. Banyak benda yang dapat dipelajari di sini..semuanya menuntut byk kesabaran. Lepas abis study ni jugak aku sdh mula terfikir utk menyambung pengajian lg di peringkat yg lbh tinggi..amin, moga termakbul semuanya.

Oh, ya! kpd sepupu yg da dieksport ke smk belara,terengganu tu..tahniah diucapkan. x lupa jg utk kak fina dan kak ti yang dah di 'posting' kan di sarawak tu..slmt bertugas. jadilah kaunselor yg tabah k...cayang korang sumer!!

Pesanan utk diri yg keseorangn di sini pula, jadilah seorg insan yg kuat, cekal dan x mudah putus asa..tq byk2 utk ma abah, kwn2 dan semua yg tetap setia di sisi. nasihat dan dorongn kalian amat bermakna...ya Allah, kau berikanlah hambamu ini ketenangan, kekuatan serta ketabahan dalam menghadapi kehilangan orang-orang yg trsayang. Selepas kehilangn arwah adik 6 thn lalu, episod yg sama kini tiba lg...ya tuhan, berilah aku petunjuk-Mu. Sesungguhnya aku redha atas setiap takdir yg tlh engkau tentukan..

14 March 2010

PROPOSAL OH PROPOSAL..!!!


'semusim bersama seabad terasa'

Waduh..susah bangat mau cari bahan utk proposal nih. lagi 2 minggu kena submit..aduyai fenin kepala gueh. semalam pegi upm cari bahan kt sana. huhu jauh tu semata2 nk dapatkn bahan..tp betul la kata org, bukan senang nk senang. sstu benda yang manis tu harus dikupas dulu kepahitannya untuk dapatkan kemanisan. masa kt sana banyak sebenarnya tesis dan jurnal serta kajian-kajian lepas yg dibuat. tp tajuk yg ak nk cari tu xde..so cari yg sipi2 jerk la nge3..alang2 da pegi kn. igt ak sorg yg x jmpa bahan, rupany diorg pn same..xpe2 nnti kite p cari bahan kt u lain lak..no pain no gain k ahaks..

Tp yg kesianny zizi..smpi skrg masih kabur ttg tajuk dia. that's why smpi sana x tau nk cari bahan pe. yg tau kata kunci dia 'dadah' hehe zizi..zizi. papepun time kasih coz jd pemandu pelancong kitorg smlm nge3..



07 March 2010

jom tengok citer 'GADOH'

Baru jer lepas hantar assignment silang budaya..lega huhu. ramai jer member-member aku pilih citer telentime, sepet, gubra, 100 hundred pounds n macam-macam lagi la. Mula-mula tak tau nak pilih citer pe. Awalnya desight nk pilih papadom..tp citer dia lebih fokus pada hiburan. silang budaya tu takde sangat walaupun kawan kepada miasara tu cina...yvone. last2 kitorg pilih 'gadoh'.

'Melayu pemalas', 'Cina makan babi' adalah antara dialog sinis yang terkandung dalam Gadoh, sebuah filem remaja penuh konflik arahan Brenda Danker dan Namron yang dilakonkn oleh Zahiril Adzim, Amerol Affendy, Namron dan Nicholas Liew Davis. Gadoh menceritakan tentang sekumpulan remaja yang masing-masing mempunyai masalah dalam kehidupan dan masalah mereka terbawa-bawa ke sekolah. Remaja ini hanya berkawan dengan bangsa mereka dan bergaduh dengan bangsa lain. Selain itu, Gadoh adalah sebuah filem yang mncabar isu-isu perkauman yang sering mnjadi halangan dalam persahabatn di kalangan pelajar-pelajar Malaysia.

Permasalahan ini cuba dirungkaikan oleh oleh pihak sekolah dengan mewujudkan satu komuniti baru bagi menyelesaikan masalah rasis tersebut, tetapi ia akhirnya menjerat sebuah perhubungan. Akhirnya, seorang guru berbangsa Cina, muda dan muda telah mencadangkan satu cadangan yang sangat poetic iaitu mewajibkan pelajar-pelajar yang bermasalah tersebut menyertai kelab teater. Azman Hashim yang pada mulanya enggan akhirnya bersetuju mengajar para pelajar tersebut teater demi tidak mahu melihat bangsa Malaysia bertelagah sesama sendiri. Azman Hashim merupakan bekas pelajar sekolah tersebut yang pernah dibuang sekolah.

Oleh yang demikian, filem Gadoh ini sebenarnya adalah sebuah karya yang cuba mengangkat elemen teater sebagai satu jalan penyelesaian untuk membentuk jati diri dan persahabatan antara pelajar-pelajar tersebut. Dalam Gadoh, pengarah menggambarkan status pengetua Mr. Chua sebagai seorang guru yang terlalu berfikiran sempit serta menyalahkan semua pihak sebagai pencetus kepada masalah sosial. Sebaliknya, beliau tidak menyedari bahawa persekitaran sekolah tersebut adalah punca sebenar kepada permasalahan sosial tersebut yang akhirnya yang akhirnya berjaya diselesaikan oleh Namron melalui kelas teater yang dianjurkan.

Justeru, apa yang ingin diperkatakan pengarah melalui Gadoh adalah tentang 'stereotaip, kemanusiaan, kasih sayang dan persahabatan'. Namun Gadoh juga mengungkap pelbagai masalah dalam kehidupan rakyat Malaysia kerana dalam Gadoh tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan walaupun kritikan yang diterima agak sinis dan pedas barangkali.

06 March 2010

TANDA-TANDA KIAMAT

Tanda-tanda kiamat kecil

Telah dinyatakan bahawa tanda-tanda kiamat adalah petunjuk atau isyarat yang sudah hampirnya hari kiamat dan bakal menyusul pula tanda-tanda kiamat besar. Sebahagian ulama telah mengira tanda-tandanya dan menemui lebih 90 tanda walaupun berbeza menurut para penghitungnya.

Didapati kini seluruh tanda-tanda kecil telah muncul dan terbukti seperti yang dinyatakan dalam hadis iaitu sabda Nabi Muhammmad s.a.w sendiri. Kebanyakan hadis ini dapat ditemukan dalam Sahih Muslim, Sahih Bukhari dan Riwayat Tarmizi.

Tanda-tanda menurut dalil:

1. Penaklukan Baitulmuqaddis

2. Zina bermaharajalela

3. Pemimpin terdiri daripada orang yang jahil dan fasik

4. Bermaharajalelanya alat muzik

5. Menghias masjid dan membanggakannya

6. Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik

7. Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan

8. Ramai orang soleh meninggal dunia

9. Orang hina mendapat kedudukan terhormat

10. Mengucap salam kepada orang yang dikenal sahaja

11. Banyak wanita berpakaian tetapi hakikatnya telanjang

12. Bulan sabit kelihatan besar

13. Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita

14. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang sebenar

15. Negara arab menjadi padang rumput dan sungai

16. Banyak sifat bohong dan ia menjadi perkara biasa

17. Jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)

18. Manusia mewarnai rambutnya dengan warna hitam supaya kelihatan muda

19. Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi

20. Akan terdapat banyak pengkritik, pembawa cerita, penikam belakang dan pengejek dalam masyarakat

21. Orang akan mendirikan hubungan dengan orang yang tidak dikenali dan memutuskan hubungan dengan yang rapat dan disayangi

22. Homoseksual berleluasa

23. Akan terdapat ramai anak luar nikah

24. Berkurangnya sifat amanah

25. Terasa berat untuk menjalankan syariah (zakat dijadikan hutang)

26. Lelaki mentaati isterinya tetapi menderhakai ibunya

27. Lelaki berkasar dengan bapanya tetapi beramah dengan rakannya

28. Suara manusia meninggi (berteriak/ menjerit) di masjid-masjid

29. Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik

30. Lelaki dihormati bukan kerana budi tetapi kerana takut akan kejahatannya

31. Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan

32. Mendahulukan lelaki menjadi imam bukan kerana ilmu tetapi kerana suara

33. Penjualan jawatan atau kepemimpinan (politik wang)

34. Memandang rendah kepada darah

35. Seorang isteri bekerja dalam satu syarikat dengan suaminya (malah isterinya lebih berpangkat besar)

36. Munculnya gaya hidup mewah dan manja dalam masyarakat Islam

37. Orang fasik dimuliakan sedangkan orang mulia dan terhormat direndahkan

38. Banyak orang berharap untuk mati kerana banyaknya kekacauan ataupun kesengsaraan

39. Banyak berlaku gempa bumi

40. Banyaknya berlaku huru-hara yang menyebarkan kejahatan

41. Banyaknya berlaku pergaduhan dan pembunuhan

42. Munculnya mati mendadak atau secara tiba-tiba

43. Masjid dijadikan jalan iaitu seseorang muslim melalui masjid tanpa mendirikan solat

Tanda-tanda kiamat besar

  1. Asap
  2. Dajal
  3. Binatang melata di bumi
  4. Terbitnya matahari sebelah barat
  5. Turunnya nabi Isa a.s
  6. Keluarnya Yakjuj dan Makjuj
  7. Gerhana di timur
  8. Gerhana di barat
  9. Gerhana di jazirah Arab
  10. Keluarnya api dari Kota Yaman menghalau m