09 December 2010

selamat tinggal TANJONG MALIM!!!

Sayu, pilu, sendu dan rindu...semua bercampur-baur menjadi 1. Kata orang 'tak kenal maka tak cinta'. Cantiknya pepatah dahulu menggambarkan perasaan manusia..dan itulah yang ciknik sedang alami sekarang. Sedih sesangat nak tinggalkan tempat ni dan kengkawan...huk3 bubye sumer!!

Jika di awal-awal dulu time 'zaman gonjeng' sem 1 dan 2 selalu jer hati ni ingat nak balik kampung. Tapi bila dah jiwa ni mula serasi dengan kehidupan di Tanjong Malim amnya dan UPSI khususnya..perasaan sayang dan cinta nak tinggalkan tempat ni mula terasa. Yelah, hampir 3 tahun setengah mengabdikan diri di sini..semua kisah ada. Canda, tangis, ketawa, duka..yang pasti ciknik akan simpan segala memori ini sebagai kenangan abadi.

Tg. Malim oh Tg. Malim..1 nama yang tidak asing lagi bagi generasi dahulu.Jika disebut Maktab Perguruan Sultan Idris, secara automatik mulut mereka akan menyebut..oh kat Tg. Malim ye??..ajaib kan?? Tapi generasi kini jarang jer yang nak melanjutkan pengajian ke sini. Ciknik juga kurang mengerti..barangkali lokasinya yang terletak di pinggir bandar atau sistem kemasukan untuk memohon ke bidang pendidikan itu sendiri yang menyekat kemahuan mereka..hurmm, no coment. I don't know why?kena buat kajian tuh ngee..

Apapun, ciknik suka tinggal di sini. Udaranya segar..tenang lagi. Bagi yang sukakan keindahan alam, banyak sungai-sungai dan tempat perkhelahan di sini. Lepas habis exam..apa lagi,ciknik dengan kawan-kawan akan mandi-manda di situ walaupun hakikatnya ciknik ni tak pandai berenang...upss kantoi hehe

Hah..apa lagi jom check-out tempat-tempat yang menjadi 'faveret' ciknik selama menetap di sini..cehhh menetap tuh kih3..


Kat sinilah ciknik selalu 'merendek' ngan kawan-kawan heee

Wah sonoknya kalau dikenang jalan ngan kawan-kawan pegi pasar malam kat sini. Always miss that moment..hurm, tak tau lagi la bila pulak nak jalan ramai-ramai camtu. Mungkin lepas ni ciknik akan datang lagi kat pasar malam ni..tapi situasinya mungkin berubah. Kalau datang pun bukan lagi dengan kawan-kawan, tapi dengan tutttt..ayokk



KTM Tg. Malim

Ni kat KTM..hurmmm kat sini pun akan ciknik ingat sampai bila-bila. Selalu guna perkhidmatan ni bila nak pegi KL atau Bangi.


welcome to Perak..mercu tanda sempadan Selangor & Perak


Mula-mula nak sampai UPSI, kite akan jumpa mercu ni dulu. Kalau ikut highway dari KL lah..kat sini pun ciknik pernah jalan-jalan jugak. Jangan tak percaya dari sini ciknik pernah jalan kaki ngan kengkawan ke kampus UPSI..huhu cam jauh jer heee. Padahal..


the famous Tg. Malim pau


Ni lagi 1 tempat yang menjadi kegemaran masyarakat kat sini. Pau kat sini antara yang special dan terbaik kat Malaysia dari dulu kini dan selamanyer..since 1926 gitu.

2 comments:

  1. Salam, nak rasa Pau Melayu Islam yang enak di Tanjong Malim? Sila pegi depan Bangunan Telekom Pekan Tanjong Malim, ada pakcik jual kt situ biasanya mula belah petang. Tak yah lah gi Yik Mun tu..kita sebagai muslim/muslimah kena berjaga2 bab makanan ni..cheers..

    ReplyDelete
  2. Setuju. isteri x~upsi pun gemar makan pau pakcik tu. lembut dan besar. sy anak jati tgm.

    ReplyDelete