RESTU...Bahagian 4

Aku menapak ke perpustakaan yang terletak di tingkat empat. Pasti Ikram dengan Mizah dah tunggu aku. Ni semua gara-gara si Adli ’playboy’tu la. Sibuk jer nak menyakat aku. Suka benar melepak di tangga. Hai, kalaulah ada jalan lain..sampai mati pun aku takkan lalu tangga yang dipanggil ’pot’ selesa oleh kebanyakan pelajar sekolah ini. Kebetulan pula tangga satu lagi di bangunan yang sama ini melewati pejabat pentadbiran sekolah. Jadi para pelajar tiada pilihan lain untuk ke perpustakaan. Mereka tidak digalakkan menggunakan tangga pejabat pentadbiran. Mahu tidak mahu, mereka terpaksa menggunakan’pot’selesa tersebut.

Aku melangkah ke dalam perpustakaan. Suasana sunyi kerana tidak ramai pelajar yang gemar menjengah perpustakaan ini. Maklum sajalah, kedudukannya pun di tempat strategik, tingkat empat hehe..
Dari jauh aku lihat Mizah melambai tangan ke arahku. Ikram diam tidak berkutik. Kusyuk benar dia mentelaah, fikirku. Dengan perlahan aku menapak ke arah mereka.

”Nape lambat? Kitorang dah berasap punggung tunggu kau” tanya Mizah sebaik aku tiba di hadapannya
Tanpa mempedulikan Ikram, aku menarik kerusi di sebelahnya. Pertanyaan Mizah kubiarkan seketika. Penat aku memanjat tangga tadi masih bersisa. Aku menoleh ke arah Ikram seketika. Tiada respon. Aku mengangkat kening ke arah Mizah. Mizah yang seolah-olah memahami hanya mengangkat bahu. Aku mencebik bibir tanda tidak kisah dengan reaksi ikram. Biarlah dia..kejap lagi elok la tu. Aku menyedapkan hati sendiri.

”Sori la..aku lewat skit. Si kasanova tu ada kat tangga” aku menjawab soalan Mizah yang tergantung tadi sekadar berbasi-basi.

”Heh..hehe..aku dah agak dah. Memang tu jerk keje ’part time’ dia. Hmm..habis dia tak buat pape kat kau?”

”Gila! Mana ade dia buat pape. Kau ni agak-agak arr. Setakat guna ’ayat’ tu ada la”

”Fuyoo..mesti ayat ’power’ ni. Tapi..jangan kau termakan ayat tu dah la”

”Eh..please la. Ni Ayu la wei. Mana boleh kalah dengan Adli anak Adnan tu”

”Eleh,yo iyo la tu. Kau tau tak..anak Adnan tu hensem. Jejaka pujaan sekolah la katakan. Walaupun kau cakap cam tu, tapi ramai lagi budak pompuan yang minat kat dia termasuk...”

”Kau jangan...tapi aku heran jugak la kan, camner la diorang tu boleh jadi kegilaan budak-budak perempuan sekolah ni. Nak kata best student tak jugak...nak kata ada rupa, boleh la...”aku membuat kesimpulan sendiri terhadap Adli and the gang.

”Aku rasa may be sebab dia diorang tu wakil sekolah kot..bola sepak pun diorang, dikir barat pun diorang, mana tak glemer. Selalu jer muka diorang naik pentas” Mizah berceloteh sambil mencari sesuatu dalam kotak penselnya.

”Adli tu memang la....”

Belum sempat aku menghabiskan kata-kata, Ikram memandang aku. Pe kena mamat ni? Takde angin, takde ribut semacam jer. Mizah hanya tersenyum sinis sambil menggeleng kepala memandang gelagat aku dan Ikram.

”Dah habis dah?” Ikram menyoal aku tiba-tiba.

”Habis ape?”aku menyoal Ikram kembali. Tidak mengerti dengan pertanyaan Ikram.

”Penjelasan kau sebab datang lewat”.

Aku terdiam.Pesal serius sangat dia ni. Bukan kali ni jer aku datang lewat , biasanya takde pun dia nak marah.

”kan aku dah cakap tadi, jalan jem..” tiada respon positif daripada Ikram. Minawe betul mamat ni. Aku nak berdamai cara baik ni, berlagak pulak dia. Irwayu bermonolog lagi di dalam hati.

"Ok la ok la..aku salah. Sorry k. Bukan sengaja..”

"He..hehe..poyo la kau ni. Aku saje jer pura-pura serius. Tau takut. Tapi, yang bersalah tetap dihukum”.

"Nak hukum jugak ke? kau ni kerek aar. Tak boleh tengok orang senang langsung”

”Eh! Mesti...Hmm, Mi pe hukuman yang kita nak bagi kat dia?”soal Ikram kepada Mizah. Aku lihat Mizah dan Ikram saling berpandangan dan senyum. Hei..korang berdua ni kalau tak kenakan aku tak boleh ke?

"Ok..Ayu, sebenarnyakan...sebenarnya kitorang lapar ni. Pe kata kau belanja kitorang” beritahu Mizah sambil menunjukkan jarinya kepada dirinya dan Ikram.

"Lorr...aku ingatkan pe la tadi. Hmm..”sengaja aku buat-buat seperti tengah berfikir dengan hukuman yang dikenakan tersebut.

"Aiks..nampaknya ada orang tu cam tak setuju jer dengan hukuman kita tu. Patut kite tukar dengan hukuman lain yang lebih berat ke saudari Mizah?” Ikram bertanya kepada Mizah.

"Eh..ok..ok aku belanja korang” aku cepat-cepat menyetujui. Aku mencebik bibir melihat aksi Ikram dan Mizah yang menunjukkan aksi kemenangan..Gonjeng la korang berdua ni, desis aku sendiri. Walau bagaimanapun, Ikram dan Mizah tetap kawan terbaik aku setakat ini. Tiada seorang pun yang mampu merampas takhta mereka di kala ini. Akhirnya aku senyum jua kepada Mizah dan Ikram.

"Ok..petang sebelum kelas tambahan nanti aku belanja korang ek. Sekarang ni, kita discuss ni dulu” kataku sambil menunjukkan kertas soalan ekonomi kepada Ikram dan Mizah. Ku lihat Mizah memuncungkan bibirnya tanda tidak puas hati.

"Eh Ikram, kau cakap ari tu Che Wa ngan Uchop nak join discuss. Jadi tak?” aku sengaja mengalih topik tadi. Takut la pulak rajuk Mizah berterusan

"Yup diorang nak join kita. Dia de tanya aku semalam bila boleh mula?” beritahu Ikram.

"Ooo..kalu gitu cakap kat diorang bila-bila jer boleh”

"Ok..”

Mizah hanya memerhati perbualan aku dan Ikram. Jauh di sudut hati, aku mengetahui bahawa Mizah sememangnya tidak kisah jika Che Wa dan Uchop mahu menyertai kami belajar bersama. Kami kemudian meneruskan rancangan yang tergendala sebentar tadi iaitu perbincangan soalan ekonomi. Maklum saje la.Aku ni lembab sikit bab-bab mengingat nombor ni. Tak macam Mizah. Dia memang bercita-cita nak jadi pakar ekonomi. Harap tercapai la cita-cita kau Mizah oii.