24 February 2011

~Anak emak sudah DEWASA~


Ya Rabbi..
Sungguh indah hikmah dari-Mu
Kekuasaan-Mu
Sesungguhnya tidaklah aku mengetahui
Apa yang Engkau ketahui
kurniakanlah
Kebaikan
kesejahteraan kepadaku
Moga aku tergolong
Dalam kalangan orang yang dirahmati
Tiada apa yang lebih baik
Selain daripada keredhaan-Mu

Terima kasih kuucapkan
Pada semua yang mendoakan
Kesihatan dan kesejahteraan
Pada hari ulang tahun kelahiran
Moga kalian dirahmati Tuhan
Atas ucapan tanda ingatan
Kunci tersentuh perasaan
Walau antara kita tak berkenalan
Itu hikmahnya nilai persaudaraan

20 February 2011

'Pemimpin Berkesan Pengurusan Berkualiti'




Haihhh..alhamdulillah lega3.dah settle 1 program. Program yang dikira memang 'havoc' dan 'kaw2' gitu ngeee. Bersesuaian dengan tema "Pemimpin Berkesan, Pengurusan Berkualiti", kami sebagai kaunselor sekolah berasa terpanggil untuk memberi pendedahan kepada ketua dan penolong ketua tingkatan tentang tugas-tugas serta tanggungjawab mereka terhadap sekolah dan kelas mereka.

Walau bagaimanapun, sedar atau tidak bahawa mereka yang menjadi ketua dan penolong ini adalah insan terpilih. Hal ini lantaran kerana bukan semua orang berpeluang menjadi seperti mereka. Hanya mereka yang dikira betul-betul layak dan berkebolehan sahaja yang terpilih. Selaras dengan itu, kami cuba menerapkan ke dalam diri mereka tentang rasa bangga serta menyemai rasa kecintaan mereka terhadap amanah yang diberikan ini. Antara tugas sebenar ketua dan penolong yang sering dipandang remeh adalah memantau rakan-rakan setingkatan yang lain bertugas membersihkan kelas mengikut jadual bertugas, memanggil guru PNP yang tidak masuk kelas dan menjaga buku kawalan kelas serta mengenal pasti rakan setingkatan yang tidak hadir ke sekolah.

Apapun, kepada semua pihak yang terlibat..macihh banyak2. Setinggi-tinggi penghargaan ciknik ucapkan. Kepada AJK pelaksana, tq3 beri kerjasama dan kepada Cikgu Zaiton selaku 'senior counsellor' merangkap 'kaunselor pembimbing'...time kasih atas teguran dan nasihat yang diberikan. Tak lupa pada cikgu Eshah, cikgu Hafiz, Cikgu Fyirhan dan cikgu Zila..u all memang bestttt...tepuk-tepuk terima kasih!!!!

15 February 2011

Salam Maulidur Rasul

Hari ini bersamaan 15 Februari 2011, kita menyambut hari keputeraan baginda Rasulullah SAW .Keputeraan Rasulullah dan pengutusan baginda kepada kita merupakan satu nikmat yang tak terhingga buat umat sejagat. Ini kerana kelahiran baginda memberikan petanda risalah dan penyelamat umat dari dibelenggu arus jahiliyah. Sesuai dengan tema kita pada tahun ini iaitu '1 Malaysia 1 Ummah', banyak perkara baru yang mengajar kita sebagai umat Islam untuk terus kekal sebagai umat yang unggul di sisi tuhan.

hampir setiap tahun kita mengenang serta menyambut kelahiran Rasulullah SAW pada setiap kali tibanya 12 Rabiulawal. Namun, apakah kita sedar disebalik sambutan tersebut sebenarnya terselit 1001 makna. Harus juga ditanya pada diri, apakah kita sebagai umatnya sudah mencontohi dan mengimplementasikan apa yang ditinggalkan oleh baginda. Seandainya Rasulullah SAW masih hidup lagi sehingga kini, rasanya jauh di sudut hati baginda untuk melihat umat Islam bersatu padu serta mengikut apa yang diajarkannya kepada kita sejak dahulu masih sama.

Marilah kita menggali semula mutiara keindahan hidup baginda SAW. Mari kita susuri dan teladani qudwah dakwah dan perjuangan baginda bagi kita memacu semula gerakan pencerahan dan pembangunan semula satu peradaban. Biarpun jasad baginda jauh beribu-ribu batu, namun jiwa, perjuangan dan semangat kental baginda tetap mekar dan dekat di hati kita. Sesungguhnya insan seperti baginda amat sukar untuk dicari ganti dan ditandingi. perginya tiada galang ganti...

Bagi yang beragama Islam, ciknik ingin mengucapkan salam Maulidur Rasul..jadilah kita umat yang terbaik di kalangan yang terbaik. Sambunglah perjuangan baginda Rasulullah SAW..Untuk anak-anak didikku di SMK Taman Tasik Ampang juga, cikgu ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul. Contohilah jihad baginda SAW yang mampu memberi cahaya buat dunia sehingga kini serta sama-samalah kita menjunjung kecintaan kita kepadanya dengan berselawat ke atas nabi kita iaitu Nabi Muhammad SAW. Suburkan semula rasa sayang kita kepada agama Islam yang telah sekian lama tandus .Moga dengan berselawat kepada baginda, kita akan dekat di sisi baginda di akhirat kelak. Amin, ya rabbal alamin.