RESTU...Bahagian 2

Huh...!

Dah pukul satu setengah pagi rupanya. Kenapalah mata ni tak mahu jugak pejam. Puas aku megiringkan badan ke kanan ke kiri. Huh! Degil. Aku mengomel mataku sendiri. Entah mengapa sukar benar mata ini untuk dilelapkan. Masih jelas terngiang di telingaku apa yang diperkatakan oleh cikgu Khalil tadi.Ternyata segala nasihat dan amarahnya begitu terkesan di hatiku.

Aku bangun semula menuju ke meja ’study’ku yang terletak bersebelahan katil. Suasana malam sudah sunyi benar tanpa sebarang gangguan. Tentu malam ini sungguh indah bagi mereka yang sudah terlena. Apa tidaknya, tidur mereka tidak sedikitpun terganggu. Perlahan-lahan ku ambil diari biru yang menceritakan segala rahsia hatiku di dalam laci meja. Diari itulah yang menjadi penemanku saban hari. Entah mengapa aku lebih selesa berkongsi rasa dan meluah kata melalui coretan sahaja. Amat janggal kiranya aku mengatakan sesuatu tentang diriku kepada orang yang tidak sepatutnya.

MENARA GADING....MENARA GADING...MENARA GADING

Entah untuk bilangan yang keberapa aku menulis perkataan ’Menara Gading’ tersebut. Patah demi patah perkataan yang sama tersebut ditulis berulang-ulang oleh aku dalam diari biru itu.

Buat abah dan ma...
Ku sandarkan harapanmu di pucak menara,
Doakan kejayaan anakanda dunia dan akhirat,
Sesungguhnya anakanda tahu betapa peritnya derita
abah dan ma untuk membahagiakan keluarga
Penderitaan yang kita tanggung hari ini adalah
untuk kebahagiaan hari esok
Hadapi setiap rintangan setabah hatimu ayah bonda

Aku menutup diari tersebut. Mataku sudah mula berpinar dan mengantuk. Aku terus merebahkan diri ke atas katil. Takut juga jikalau tidak tersedar untuk ke sekolah esok. Di hati telah ku sematkan azam untuk belajar bersungguh-sungguh. Cikgu Khalil, terima kasih kerana telah menyedarkan aku dari lamunan yang menyakitkan. Aku mesti tabah menghadapi semua rintangan.

                                

Beberapa minggu telah berlalu, sesi persekolahan tetap berjalan seperti biasa. Aku menghabiskan air limau yang sudah tinggal separuh sebelum melangkah ke kelas semula. Selepas ini mata pelajaran Bahasa Melayu. Sudah tiga minggu aku lihat rakan-rakan sekelasku begitu dingin terhadap Cikgu Khalil. Apakah bebelan beliau tempoh hari melunturkan semangat mereka untuk terus berjuang. Amarah beliau yang menggila betul-betul memberi impak kepada kami, termasuk aku. Huh! Adilkah para pelajar menghukum guru sedemikian rupa. Layakkah kami...

”Irwayu” langkahku mati tiba-tiba. Kedengaran seperti amat ku kenal suara itu. Ya! Memang aku kenal. Cikgu Khalil.

”Er..ya cikgu. Ada apa-apa yang boleh saya tolong?” tanya aku sekadar melepaskah rasa resah. Ingin rasanya aku segera melangkah ke kelas meninggalkan cikgu tersebut sendirian meskipun ku tahu mata pelajaran yang bakal aku tempuhi selepas itu diajari oleh beliau.

”Saya pun kebetulan mahu ke kelas kamu juga. Hah...bolehlah kamu tolong bawakan buku-buku latihan yang telah saya periksa ini ke kelas” ujar cikgu Khalil seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Aku mengambil buku-buku latihan daripada cikgu tersebut. Terasa kelu pula untuk berbual seperti biasa dengan beliau. Mungkin juga lantaran umur cikgu tersebut yang agak muda membuatkan aku berasa janggal. Namun bukan itu yang mengganggu fikiran aku di kala ini. Aku masih terfikir, bagaimanakah penerimaan rakan-rakanku selepas ini. Masih tegakah menghukum cikgu sendiri.

”Hah..apalagi, jomlah” aku terkejut daripada lamunan dengan ajakan cikgu tersebut. Alamak! Dia perasan ke aku berkhayal tadi. Malunya...Aku berceloteh sendirian.

”Saya tahu kamu semua tidak puas hati dengan saya..”

”Eh! Takde la” aku terus memotong percakapan Cikgu Khalil.

”Sebenarnya, saya takde niat apa-apa. Saya tak bermaksud nak marahkan kamu semua. Saya rasa bertanggungjawab untuk menasihati kamu. Saya fikir, dengan memperlakukan kamu sebegitu akan dapat menyedarkan kamu bahawa peperiksaan yang bakal kamu tempuhi ini bukan peperiksaan biasa. Ia melibatkan masa depan kamu semua. Tapi, ternyata cara saya silap..”

”Bukan..Eh! Tak, cikgu tak silap”aku cuba menafikan kata-kata cikgu tersebut.

”Hahaha..takde pape la. Memang betul. Sekarang baru saya sedar. Tindakan saya memarahi kamu sedemikian rupa bukan cara terbaik dalam menasihati pelajar. Sepatutnya saya juga patut menghormati kamu sebagai anak murid saya” Ujar cikgu Khalil lagi.

Aku hanya mampu tersenyum tawar melihat cikgu tersebut. Sedikit kagum aku dengan cara beliau melontarkan kata. Betapa dia bijak merungkai segala persoalan walaupun masih baru dalam arena perguruan. Kami terus beriringan menuju ke kelas. Dari jauh dapat kudengar suara Shahrul Anuar yang lebih dikenali sebagai Che Wa memekak. Hehe..Entah macam mana nama yang sesedap itu ditukar sebegitu mudah.

Kelas yang tadi gamat dengan suara para pelajar kini sepi. Semua pelajar mula mengambil tempat masing-masing. Seperti biasa salam tetap diberikan kepada guru tersebut diikuti dengan bacaan doa. Hari itu pembelajaran berjalan seperti biasa. Ku lihat rakan-rakanku sudah mula boleh menerima amarah Cikgu Khalil tempoh hari.

”Ayu..”Mizah mencuitku. Mizah merupakan teman setia aku merangkap kawan meja sebelah aku.

”Pe dia?”aku menyoal Mizah kembali.

”Nampaknya kelas kita dah tak jadi ’Padang Jarak Padang Tekukur’ lagi.”

”Ha’a, lepas ni boleh la belajar dengan tenang. Tapi..aku sedih gak nih”.

”Nape?”

”Ye la..pas ni tak boleh la aku tengok muka seposen Che Wa tu hehe...”

”Hish..kau nih. Tak baik tau. Tapi..sebenarnya aku pun suka jugak tengok muka seposen Che Wa tu hehe..” tambah Mizah lagi.

”Hmm..”Cikgu Khalil sedikit berdehem melihat aku dan Mizah bercakap.

Aku dan Mizah terus terdiam memandang muka beliau. Takutnya..Mana la tahu angin senggugut dia datang lagi. Namun demikian, kami mula menarik nafas lega apabila melihat senyuman yang terukir di wajah Cikgu Khalil.

”Puh! Lega...Nasib baik penyakit parkinson dia tu tak datang. Kalau tak abis la kite” Mizah menahan nafas lega. Hai! Mizah..Mizah,cikgu Khalil tu tak marah pun dah dikira nasib baik tau.Udah..udah la tu. Tak payah la nak mengata lagi. Aku sekadar memberi tindak balas terhadap kata-kata Mizah di dalam hati sahaja. Tapi betullah...Kalaulah Cikgu Khalil mengamuk lagi, mesti kelas ni akan jadi seperti dilanggar garuda balik. Mak takut you...