06 March 2010

TANDA-TANDA KIAMAT

Tanda-tanda kiamat kecil

Telah dinyatakan bahawa tanda-tanda kiamat adalah petunjuk atau isyarat yang sudah hampirnya hari kiamat dan bakal menyusul pula tanda-tanda kiamat besar. Sebahagian ulama telah mengira tanda-tandanya dan menemui lebih 90 tanda walaupun berbeza menurut para penghitungnya.

Didapati kini seluruh tanda-tanda kecil telah muncul dan terbukti seperti yang dinyatakan dalam hadis iaitu sabda Nabi Muhammmad s.a.w sendiri. Kebanyakan hadis ini dapat ditemukan dalam Sahih Muslim, Sahih Bukhari dan Riwayat Tarmizi.

Tanda-tanda menurut dalil:

1. Penaklukan Baitulmuqaddis

2. Zina bermaharajalela

3. Pemimpin terdiri daripada orang yang jahil dan fasik

4. Bermaharajalelanya alat muzik

5. Menghias masjid dan membanggakannya

6. Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik

7. Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan

8. Ramai orang soleh meninggal dunia

9. Orang hina mendapat kedudukan terhormat

10. Mengucap salam kepada orang yang dikenal sahaja

11. Banyak wanita berpakaian tetapi hakikatnya telanjang

12. Bulan sabit kelihatan besar

13. Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita

14. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang sebenar

15. Negara arab menjadi padang rumput dan sungai

16. Banyak sifat bohong dan ia menjadi perkara biasa

17. Jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)

18. Manusia mewarnai rambutnya dengan warna hitam supaya kelihatan muda

19. Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi

20. Akan terdapat banyak pengkritik, pembawa cerita, penikam belakang dan pengejek dalam masyarakat

21. Orang akan mendirikan hubungan dengan orang yang tidak dikenali dan memutuskan hubungan dengan yang rapat dan disayangi

22. Homoseksual berleluasa

23. Akan terdapat ramai anak luar nikah

24. Berkurangnya sifat amanah

25. Terasa berat untuk menjalankan syariah (zakat dijadikan hutang)

26. Lelaki mentaati isterinya tetapi menderhakai ibunya

27. Lelaki berkasar dengan bapanya tetapi beramah dengan rakannya

28. Suara manusia meninggi (berteriak/ menjerit) di masjid-masjid

29. Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik

30. Lelaki dihormati bukan kerana budi tetapi kerana takut akan kejahatannya

31. Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan

32. Mendahulukan lelaki menjadi imam bukan kerana ilmu tetapi kerana suara

33. Penjualan jawatan atau kepemimpinan (politik wang)

34. Memandang rendah kepada darah

35. Seorang isteri bekerja dalam satu syarikat dengan suaminya (malah isterinya lebih berpangkat besar)

36. Munculnya gaya hidup mewah dan manja dalam masyarakat Islam

37. Orang fasik dimuliakan sedangkan orang mulia dan terhormat direndahkan

38. Banyak orang berharap untuk mati kerana banyaknya kekacauan ataupun kesengsaraan

39. Banyak berlaku gempa bumi

40. Banyaknya berlaku huru-hara yang menyebarkan kejahatan

41. Banyaknya berlaku pergaduhan dan pembunuhan

42. Munculnya mati mendadak atau secara tiba-tiba

43. Masjid dijadikan jalan iaitu seseorang muslim melalui masjid tanpa mendirikan solat

Tanda-tanda kiamat besar

  1. Asap
  2. Dajal
  3. Binatang melata di bumi
  4. Terbitnya matahari sebelah barat
  5. Turunnya nabi Isa a.s
  6. Keluarnya Yakjuj dan Makjuj
  7. Gerhana di timur
  8. Gerhana di barat
  9. Gerhana di jazirah Arab
  10. Keluarnya api dari Kota Yaman menghalau m


No comments:

Post a Comment