07 March 2010

jom tengok citer 'GADOH'

Baru jer lepas hantar assignment silang budaya..lega huhu. ramai jer member-member aku pilih citer telentime, sepet, gubra, 100 hundred pounds n macam-macam lagi la. Mula-mula tak tau nak pilih citer pe. Awalnya desight nk pilih papadom..tp citer dia lebih fokus pada hiburan. silang budaya tu takde sangat walaupun kawan kepada miasara tu cina...yvone. last2 kitorg pilih 'gadoh'.

'Melayu pemalas', 'Cina makan babi' adalah antara dialog sinis yang terkandung dalam Gadoh, sebuah filem remaja penuh konflik arahan Brenda Danker dan Namron yang dilakonkn oleh Zahiril Adzim, Amerol Affendy, Namron dan Nicholas Liew Davis. Gadoh menceritakan tentang sekumpulan remaja yang masing-masing mempunyai masalah dalam kehidupan dan masalah mereka terbawa-bawa ke sekolah. Remaja ini hanya berkawan dengan bangsa mereka dan bergaduh dengan bangsa lain. Selain itu, Gadoh adalah sebuah filem yang mncabar isu-isu perkauman yang sering mnjadi halangan dalam persahabatn di kalangan pelajar-pelajar Malaysia.

Permasalahan ini cuba dirungkaikan oleh oleh pihak sekolah dengan mewujudkan satu komuniti baru bagi menyelesaikan masalah rasis tersebut, tetapi ia akhirnya menjerat sebuah perhubungan. Akhirnya, seorang guru berbangsa Cina, muda dan muda telah mencadangkan satu cadangan yang sangat poetic iaitu mewajibkan pelajar-pelajar yang bermasalah tersebut menyertai kelab teater. Azman Hashim yang pada mulanya enggan akhirnya bersetuju mengajar para pelajar tersebut teater demi tidak mahu melihat bangsa Malaysia bertelagah sesama sendiri. Azman Hashim merupakan bekas pelajar sekolah tersebut yang pernah dibuang sekolah.

Oleh yang demikian, filem Gadoh ini sebenarnya adalah sebuah karya yang cuba mengangkat elemen teater sebagai satu jalan penyelesaian untuk membentuk jati diri dan persahabatan antara pelajar-pelajar tersebut. Dalam Gadoh, pengarah menggambarkan status pengetua Mr. Chua sebagai seorang guru yang terlalu berfikiran sempit serta menyalahkan semua pihak sebagai pencetus kepada masalah sosial. Sebaliknya, beliau tidak menyedari bahawa persekitaran sekolah tersebut adalah punca sebenar kepada permasalahan sosial tersebut yang akhirnya yang akhirnya berjaya diselesaikan oleh Namron melalui kelas teater yang dianjurkan.

Justeru, apa yang ingin diperkatakan pengarah melalui Gadoh adalah tentang 'stereotaip, kemanusiaan, kasih sayang dan persahabatan'. Namun Gadoh juga mengungkap pelbagai masalah dalam kehidupan rakyat Malaysia kerana dalam Gadoh tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan walaupun kritikan yang diterima agak sinis dan pedas barangkali.

No comments:

Post a Comment