17 February 2010

segarkan otak dengan PISANG


Buah pisang mengandungi vitamin C, B kompliks, B6 dan serotonin. Zat ini aktif sebagai neurotransmitter yang melancarkan fungsi otak. Bila otak mengalami keletihan, ada baiknya kamu mengambil pisang kerana kandungan nutriennya sangat tinggi berbanding buah-buahan lain. Sesuailah bagi mereka yang bergelar pelajar kerana otak mereka sentiasa digunakan untuk terus berfungsi serta berfikir.

Berdasarkan cara menikmatinya, ia terbahagi kepada dua iaitu makan begitu sahaja seperti pisang raja, setali, emas dan lain-lain serta makan setelah pisang tersebut diolah seperti pisang goreng atau pengat pisang. Sebaiknya pilih pisang yang sudah masak dan jangan memilih pisang yang kulitnya ada bintik hitam atau coklat. Simpan pisang di dalam peti sejuk atau jangan biarkan kulit buah tergores atau terkopek kerana ia akan merangsang buah pisang rosak dengan lebih cepat.

No comments:

Post a Comment