14 February 2010

cinta

Perlukah berkorban untuk cinta...
Apakah ertinta cinta tanpa si dia tersayang...
Menemani di sisi tiap waktu dan ketika
Tanpa jemu dan bosan...
Ceritera cinta, ada kalanya melukakan hati sang pencinta
Menghukum diri dari terus merasa makna sebuah cinta...

Velentine, apa kata kita?


sebut sahaja valentine's day ataupun hari memperingati kekasih yang disambut meriah oleh sebahagian besar masyarakat barat, pelbagai persepsi dapat kita dengar. boleh dikatakan tanggal 14 februari ini dianggap satu hari yang begitu istimewa terutama bagi yang sedang 'mabuk asmara' kerana inilah harinya mereka dilayan dengan begitu istimewa. ada yang bertukar-tukar hadiah, menerima jambangan bunga, coklat dan tidak kurang menerima kad ucapan yang begitu puitis maksudnya. walau bagaimanapun, masih ada di antara remaja kita melihat sambutan valentine ini pada satu sudut yang berbeza. ada yang bersetuju dan tak kurang juga menganggap ianya satu budaya yang bertentangan dengan moral dan tuntutan agama. bagi kita pula bagaimana?? renung-renungkan...

No comments:

Post a Comment