24 February 2011

~Anak emak sudah DEWASA~


Ya Rabbi..
Sungguh indah hikmah dari-Mu
Kekuasaan-Mu
Sesungguhnya tidaklah aku mengetahui
Apa yang Engkau ketahui
kurniakanlah
Kebaikan
kesejahteraan kepadaku
Moga aku tergolong
Dalam kalangan orang yang dirahmati
Tiada apa yang lebih baik
Selain daripada keredhaan-Mu

Terima kasih kuucapkan
Pada semua yang mendoakan
Kesihatan dan kesejahteraan
Pada hari ulang tahun kelahiran
Moga kalian dirahmati Tuhan
Atas ucapan tanda ingatan
Kunci tersentuh perasaan
Walau antara kita tak berkenalan
Itu hikmahnya nilai persaudaraan

20 February 2011

'Pemimpin Berkesan Pengurusan Berkualiti'




Haihhh..alhamdulillah lega3.dah settle 1 program. Program yang dikira memang 'havoc' dan 'kaw2' gitu ngeee. Bersesuaian dengan tema "Pemimpin Berkesan, Pengurusan Berkualiti", kami sebagai kaunselor sekolah berasa terpanggil untuk memberi pendedahan kepada ketua dan penolong ketua tingkatan tentang tugas-tugas serta tanggungjawab mereka terhadap sekolah dan kelas mereka.

Walau bagaimanapun, sedar atau tidak bahawa mereka yang menjadi ketua dan penolong ini adalah insan terpilih. Hal ini lantaran kerana bukan semua orang berpeluang menjadi seperti mereka. Hanya mereka yang dikira betul-betul layak dan berkebolehan sahaja yang terpilih. Selaras dengan itu, kami cuba menerapkan ke dalam diri mereka tentang rasa bangga serta menyemai rasa kecintaan mereka terhadap amanah yang diberikan ini. Antara tugas sebenar ketua dan penolong yang sering dipandang remeh adalah memantau rakan-rakan setingkatan yang lain bertugas membersihkan kelas mengikut jadual bertugas, memanggil guru PNP yang tidak masuk kelas dan menjaga buku kawalan kelas serta mengenal pasti rakan setingkatan yang tidak hadir ke sekolah.

Apapun, kepada semua pihak yang terlibat..macihh banyak2. Setinggi-tinggi penghargaan ciknik ucapkan. Kepada AJK pelaksana, tq3 beri kerjasama dan kepada Cikgu Zaiton selaku 'senior counsellor' merangkap 'kaunselor pembimbing'...time kasih atas teguran dan nasihat yang diberikan. Tak lupa pada cikgu Eshah, cikgu Hafiz, Cikgu Fyirhan dan cikgu Zila..u all memang bestttt...tepuk-tepuk terima kasih!!!!

15 February 2011

Salam Maulidur Rasul

Hari ini bersamaan 15 Februari 2011, kita menyambut hari keputeraan baginda Rasulullah SAW .Keputeraan Rasulullah dan pengutusan baginda kepada kita merupakan satu nikmat yang tak terhingga buat umat sejagat. Ini kerana kelahiran baginda memberikan petanda risalah dan penyelamat umat dari dibelenggu arus jahiliyah. Sesuai dengan tema kita pada tahun ini iaitu '1 Malaysia 1 Ummah', banyak perkara baru yang mengajar kita sebagai umat Islam untuk terus kekal sebagai umat yang unggul di sisi tuhan.

hampir setiap tahun kita mengenang serta menyambut kelahiran Rasulullah SAW pada setiap kali tibanya 12 Rabiulawal. Namun, apakah kita sedar disebalik sambutan tersebut sebenarnya terselit 1001 makna. Harus juga ditanya pada diri, apakah kita sebagai umatnya sudah mencontohi dan mengimplementasikan apa yang ditinggalkan oleh baginda. Seandainya Rasulullah SAW masih hidup lagi sehingga kini, rasanya jauh di sudut hati baginda untuk melihat umat Islam bersatu padu serta mengikut apa yang diajarkannya kepada kita sejak dahulu masih sama.

Marilah kita menggali semula mutiara keindahan hidup baginda SAW. Mari kita susuri dan teladani qudwah dakwah dan perjuangan baginda bagi kita memacu semula gerakan pencerahan dan pembangunan semula satu peradaban. Biarpun jasad baginda jauh beribu-ribu batu, namun jiwa, perjuangan dan semangat kental baginda tetap mekar dan dekat di hati kita. Sesungguhnya insan seperti baginda amat sukar untuk dicari ganti dan ditandingi. perginya tiada galang ganti...

Bagi yang beragama Islam, ciknik ingin mengucapkan salam Maulidur Rasul..jadilah kita umat yang terbaik di kalangan yang terbaik. Sambunglah perjuangan baginda Rasulullah SAW..Untuk anak-anak didikku di SMK Taman Tasik Ampang juga, cikgu ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul. Contohilah jihad baginda SAW yang mampu memberi cahaya buat dunia sehingga kini serta sama-samalah kita menjunjung kecintaan kita kepadanya dengan berselawat ke atas nabi kita iaitu Nabi Muhammad SAW. Suburkan semula rasa sayang kita kepada agama Islam yang telah sekian lama tandus .Moga dengan berselawat kepada baginda, kita akan dekat di sisi baginda di akhirat kelak. Amin, ya rabbal alamin.

09 December 2010

selamat tinggal TANJONG MALIM!!!

Sayu, pilu, sendu dan rindu...semua bercampur-baur menjadi 1. Kata orang 'tak kenal maka tak cinta'. Cantiknya pepatah dahulu menggambarkan perasaan manusia..dan itulah yang ciknik sedang alami sekarang. Sedih sesangat nak tinggalkan tempat ni dan kengkawan...huk3 bubye sumer!!

Jika di awal-awal dulu time 'zaman gonjeng' sem 1 dan 2 selalu jer hati ni ingat nak balik kampung. Tapi bila dah jiwa ni mula serasi dengan kehidupan di Tanjong Malim amnya dan UPSI khususnya..perasaan sayang dan cinta nak tinggalkan tempat ni mula terasa. Yelah, hampir 3 tahun setengah mengabdikan diri di sini..semua kisah ada. Canda, tangis, ketawa, duka..yang pasti ciknik akan simpan segala memori ini sebagai kenangan abadi.

Tg. Malim oh Tg. Malim..1 nama yang tidak asing lagi bagi generasi dahulu.Jika disebut Maktab Perguruan Sultan Idris, secara automatik mulut mereka akan menyebut..oh kat Tg. Malim ye??..ajaib kan?? Tapi generasi kini jarang jer yang nak melanjutkan pengajian ke sini. Ciknik juga kurang mengerti..barangkali lokasinya yang terletak di pinggir bandar atau sistem kemasukan untuk memohon ke bidang pendidikan itu sendiri yang menyekat kemahuan mereka..hurmm, no coment. I don't know why?kena buat kajian tuh ngee..

Apapun, ciknik suka tinggal di sini. Udaranya segar..tenang lagi. Bagi yang sukakan keindahan alam, banyak sungai-sungai dan tempat perkhelahan di sini. Lepas habis exam..apa lagi,ciknik dengan kawan-kawan akan mandi-manda di situ walaupun hakikatnya ciknik ni tak pandai berenang...upss kantoi hehe

Hah..apa lagi jom check-out tempat-tempat yang menjadi 'faveret' ciknik selama menetap di sini..cehhh menetap tuh kih3..


Kat sinilah ciknik selalu 'merendek' ngan kawan-kawan heee

Wah sonoknya kalau dikenang jalan ngan kawan-kawan pegi pasar malam kat sini. Always miss that moment..hurm, tak tau lagi la bila pulak nak jalan ramai-ramai camtu. Mungkin lepas ni ciknik akan datang lagi kat pasar malam ni..tapi situasinya mungkin berubah. Kalau datang pun bukan lagi dengan kawan-kawan, tapi dengan tutttt..ayokk



KTM Tg. Malim

Ni kat KTM..hurmmm kat sini pun akan ciknik ingat sampai bila-bila. Selalu guna perkhidmatan ni bila nak pegi KL atau Bangi.


welcome to Perak..mercu tanda sempadan Selangor & Perak


Mula-mula nak sampai UPSI, kite akan jumpa mercu ni dulu. Kalau ikut highway dari KL lah..kat sini pun ciknik pernah jalan-jalan jugak. Jangan tak percaya dari sini ciknik pernah jalan kaki ngan kengkawan ke kampus UPSI..huhu cam jauh jer heee. Padahal..


the famous Tg. Malim pau


Ni lagi 1 tempat yang menjadi kegemaran masyarakat kat sini. Pau kat sini antara yang special dan terbaik kat Malaysia dari dulu kini dan selamanyer..since 1926 gitu.

21 November 2010

DEMAM EXAM!!


'Meja study yang ciknik ngadap hari-hari....syhhhh'

Aduyai..exam dah dekat,ciknik ni asyik main-main jer.Bila nak start study ni..haihh, asal nampak katil jer terus lentok..mungkin kekuatan dan daya tarikan tilam tu lebih mempesona kot huhu..sebab tu terus jer 'landing' baik punyerr hehe..tapi sedih jugak huk..huk..huk..ciknik kena buat dua keje dalam satu masa.Study dan settlekan tesis..ayokk tatayokk..

Hurmm..orang kata berakit-rakit dahulu, berenang-renang ketepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian..yey-yey ciknik dah dapat semangat baru hehe.Tapi nak mula dari mana dulu ni ye?Hah..study la subjek yang paling dekat nak exam dulu and then..dot dot dot..

Oh ya!! tak lupa jugak untuk adik-adik yang akan menghadapi peperiksaan SPM dan STPM tak kira walau di mana saja berada,ciknik doakan semoga kalian semua dapat jawab dengan yakin dan tenang. Sesungguhnya hanya ilmu dan pelajaran sahajalah yang dapat mengangkat darjat kita selain beramal dengannya. Chaiyok adik-adikku sekalian..be the best, beat the rest!!

11 November 2010

Persahabatan kita..persahabatan sejati



:: Di jalan ALLAH..persahabatan ini bukan milikku dan juga bukan milik kalian..PERSAHABATAN ini adalah perancangan ALLAH yang mengetahui segala rahsia..kerana DIA lah, saya mengenali kalian dan kerana DIA jugalah telah menetapkan kita mengukir 1000 kenangan bersama..PERSAHABATAN ini sudah pasti terisi dengan KASIH SAYANG ..moga ia kekal selamanya..... ::